Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    130 asnaf terima daging korban

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Majlis-majlis ibadah korban dan akikah rancak diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini dalam menyemarakkan Hari Raya Aidiladha.

    Dalam menyemarakkan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar telah menganjurkan majlis ibadah korban di mana enam ekor kerbau dikorbankan daripada 42 orang peserta untuk diagihkan kepada 130 orang golongan asnaf fakir miskin di kampung berkenaan dan sekitarnya, hari ini.

    Majlis diadakan di masjid berkenaan dan disempurnakan oleh Penaung Jawatankuasa Takmir MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Muhammad Tsuufiy bin Haji Abdul Wahab.

    Dato Seri Setia Haji Ali menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah kelmarin.
    Antara penerima agihan daging korban hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...