Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    130 pelajar terima sumbangan Aidilfitri

    LABUAN, 15 MEIĀ – Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) hari ini menyerahkan sumbangan kepada 130 pelajar Pusat Penjagaan Autisme Labuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Sumbangan itu adalah daripada dana zakat BAKIP dan daripada kutipan dalam kalangan kakitangan PETRONAS di Sabah dan Labuan.

    Majlis itu dihadiri Naib Presiden Perhubungan Strategik dan Komunikasi kumpulan PETRONAS, Nooruddin Abdullah dan Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

    ā€œProgram impak sosial ini adalah sesuatu yang dekat di hati kami kerana ia memberi kami peluang untuk melibatkan diri dengan masyarakat, dan pada masa yang sama, memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan kakitangan kami.

    ā€œSumbangan itu sempena Aidilfitri dan kami berharap ini dapat membantu keluarga dalam menjaga pelajar ini,ā€ kata Siti Ayu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...