135 cedera kemalangan kereta api

TOKYO, 5 SEPT – Seramai 35 orang disahkan cedera, termasuk seorang pemandu trak yang dikatakan terbunuh apabila sebuah kereta api dan trak bertembung di satu persimpangan jalan berhampiran Tokyo, hari ini.

“Seramai 35 orang disahkan cedera, termasuk dua orang dalam keadaan kritikal,” kata pegawai agensi pengurusan krisis di Yokohama City di selatan Tokyo, Ryo Nagakura.

Media tempatan melaporkan, mangsa yang terbunuh itu dipercayai pemandu trak terbabit, yang terperangkap di bawah kereta api berkenaan.

Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan gerabak pertama kereta api terbabit tergelincir lalu terbalik, mengakibatkan cerminnya pecah, manakala beberapa bahagian lain terbakar. Pengendali kereta api terbabit, Keikyu turut melaporkan beberapa orang ce-dera dalam insiden berkenaan.

“Kami ingin mengesahkan bahawa kereta api itu melanggar sebuah trak.

“Kejadian itu berlaku di satu persimpangan di selatan Tokyo,” kata jurucakap Keikyu, Takuro Sekine kepada AFP. – AFP

Anggota penyelamat ketika berada di lokasi kemalangan di Yokohama, Wilayah Kanagawa, kelmarin. – AFP