Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

139 pelajar mulakan pengajian di KUPU SB

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah mengadakan Majlis Apresiasi Minggu Ta’aruf ke-11 bagi pelajar-pelajar baru sesi 2017/2018 yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPU SB.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar selaku tetamu kehormat majlis.

Minggu Ta’aruf merupakan aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar khusus untuk pelajar-pelajar baru sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan tentang kepentingan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB.

Dekan Pelajar, Haji Mohd Syahiran bin Haji Mohd Sofian juga selaku Pengerusi Majlis Minggu Ta’aruf ke-11 semasa berucap berkata, seramai 139 orang pelajar baru telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di KUPU SB pada tahun ini.

Bacaan ikrar oleh para pelajar baru KUPU SB pengambilan ke-11 2017/2018.
Bacaan ikrar oleh para pelajar baru KUPU SB pengambilan ke-11 2017/2018.
Antara pelajar-pelajar baru KUPU SB pengambilan ke-11.
Antara pelajar-pelajar baru KUPU SB pengambilan ke-11.

Daripada jumlah itu, seramai 47 orang mengikuti Program SMPU, 58 orang dalam Program DTPU, 27 orang mengikuti Program DPULI dan tujuh dalam Program Sarjana.

Sepanjang Minggu Ta’aruf dijalankan, beberapa aktiviti dan acara telah diadakan seperti taklimat, sesi suai kenal, ceramah dan kuliah dan juga aktiviti bermotivasi.

Berlangsung selama lima hari sejak 20 Julai hingga hari ini, Minggu Ta’aruf merupakan sebagai tempat memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, memperkenalkan dan menyuburkan budaya menuntut ilmu di KUPU SB. Selain itu, ia juga bagi mengenali dan membiasakan diri dengan rutin seharian dan persekitaran KUPU SB sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KUPU SB.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -