Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JBP
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Seramai 14 orang ahli bomba dinaikkan pangkat sebagai ahli bomba kelas satu dan menerima tanda pangkat mereka dalam majlis penyampaian tanda pangkat, baru-baru ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataannya, menyatakan penyampaian tanda pangkat disempurnakan oleh pemangku penolong pengarah operasi, ketua bahagian tenaga manusia dan kumpulan Pengurusan serta pegawai-pegawai pemerintah cawangan operasi A, B, C dan D.
JBP berharap kenaikan pangkat itu dorongan untuk komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja lebih efektif.