14 cedera dalam insiden tembakan

CHICAGO, 22 JULAI – Satu kejadian tembakan di sebuah rumah urus mayat mencederakan 14 orang semalam di Chicago, tatkala Presiden Donald Trump mengugut akan menghantar ejen persekutuan ke beberapa bandar Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin oleh datuk bandar Demokratik.

Kejadian bermula apabila penghuni sebuah kenderaan ‘mula menembak orang yang hadir pada satu upacara pengebumian. Pada masa itu, mereka yang hadir pada pengebumian membalas tembakan,” beritahu penolong superintenden polis Chicago Eric Carter kepada wartawan.

Kejadian tembakan telah berlaku dengan kerap pada musim panas ini di seluruh AS. Sejumlah 63 orang ditembak dan 12 terbunuh pada hujung minggu di Chicago dalam keganasan senjata berterusan, menurut media tempatan.

Carter berkata 14 orang cedera dalam insiden semalam, tetapi tidak menyatakan betapa seriusnya kejadian tersebut.

“Terlalu banyak senapang berada di jalan raya kami dan di tangan orang yang tidak patut memiliki mereka,” kata datuk bandar Chicago, Lori Lightfoot di Twitter selepas apa yang digelar oleh beliau sebagai ‘insiden tembakan dahsyat.” – AFP

Polis Chicago menyiasat tempat berlakunya tembakan di mana lebih puluhan orang ditembak di kawasan Gresham, Chicago, pada 21 Julai 2020. – AP