Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    14 kakitangan Sivli ikuti Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Seramai 14 orang kakitangan Sivli Sdn Bhd telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), bertempat di Balai Bomba Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Sepanjang dua hari kursus dijalankan, para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal ‘inhouse firedrill’.

    Selain itu, kursus juga mendedahkan sebab dan punca berlakunya kebakaran; mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik; tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul; dan juga tatacara menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran serta mengenali perkakas dan peralatan bomba di Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Unit Operasi Wanita.

    Di kesempatan itu, JBP dalam kenyataannya juga mengongsikan bahawa mereka ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Anggota bomba menunjukkan tatacara menggunakan alat pemadam dan selimut api dengan betul semasa kursus tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...