Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    14 kes tempatan, 30 kes import

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Sebanyak 44 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,678 orang.

    Daripada jumlah tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan bahawa 14 adalah kes tempatan manakala 30 adalah kes import.

    “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 1,428 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 3.1 peratus,” tambah beliau semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Turut hadir semasa sidang media berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengongsikan, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, hanya satu kes dalam kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

    “Lapan kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes sembuh kepada 15,364 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 212 kes,” katanya lagi.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 5.2 peratus.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat 9 Januari, Yang Berhormat Dato berkata, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.6 peratus dengan 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin manakala itu, 28.2 peratus telah menerima tiga dos.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato mengajak orang ramai untuk memohon keampunan dari Allah SWT dan merafakkan doa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit berbahaya, khasnya wabak COVID-19.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini semasa sidang media, kelmarin.- Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...