Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    14 kotak mercun dirampas di gerai perayaan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Seorang wanita penduduk tetap berusia 58 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual barangan tegahan berupa bunga api dan mercun di Gerai Perayaan, Daerah Tutong kelmarin.

    Sebanyak 14 kotak bunga api dan mercun pelbagai jenis berjaya dirampas oleh anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dari Balai Polis Tutong semasa pemeriksaan pada 23 Julai, menurut kenyataan PPDB.

    Dalam pemeriksaan di petak perayaan milik suspek, pihak polis menemukan sejumlah bungkusan yang dipercayai barangan mercun dijualnya, kemudian menjumpai lebih banyak barangan serupa disimpan di dalam gerai itu.

    Antara jenis bunga api dan mercun dirampas ialah sekotak Magic Pop mengandungi 25 paket, sekotak Jumbo Pop-pop mengandungi 24 paket, sekotak Jumbo Pop-pop yang kosong, 11 biji mercun bulat berwarna hijau dan coklat, sekotak Glow of Sunset (110 tangkai), dua kotak Glow of Sunset (100 tangkai), empat kotak Magic Pop mengan-dungi 50 paket, dua kotak Jumbo Pop-pox mengandungi 50 paket dan dua kotak Colour Flower mengandungi 20 paket.

    Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Penggal 58.

    Sehubungan itu, PPDB menegaskan larangan menjual bahan letupan seumpamanya kerana ia menjurus kepada kemaslahatan orang awam yang boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada orang yang bermain, malahan kecederaan dan kerosakan harta benda serta kebakaran kepada orang lain.

    Mereka yang mengingkari larangan itu boleh didakwa dan dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta tiga kali sebatan dan tidak melebihi 12 kali sebatan serta sabit kesalahan boleh dikenakan denda $3,000 mengikut Peraturan 17 (2), Akta Senjata Api dan Bahan Letupan.

    Sekotak Jumbo Pop-pop antara yang dirampas dari petak jualan di gerai perayaan suspek.
    Bunga api dan mercun yang didapati dijual di gerai perayaan semasa pemeriksaan oleh anggota PPDB dari Balai Polis Tutong pada 23 Julai lalu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...