14 lagi balai bomba diperlukan
KUCHING, 6 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri ini memerlukan sekurang-kurangnya 14 buah balai bomba pelbagai kategori dalam rancangannya untuk memberi perlindungan kebakaran dan misi menyelamat yang lebih efektif di Sarawak. Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman Husaini berkata jumlah itu adalah berdasarkan kajian risiko kebakaran yang dijalankan oleh jabatan itu, namun agak sukar

































