Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    14 maut, 30 hilang tanah runtuh di India

    GAUHATI, 30 JUN – Hujan lebat berterusan selama berminggu-minggu mengakibatkan tanah runtuh di timur laut India, meragut 14 nyawa dan 30 lagi yang lain hilang, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Pekerja kecemasan, polis dan penduduk kampung cuba menyelamatkan mereka yang tertimbus di bawah lumpur di Noney, sebuah bandar berhampiran Imphal, di ibu negeri Manipur.

    Semua yang disahkan mati adalah ahli sukarelawan Tentera Persekutuan, kata ketua menteri, N.Biren Singh. Lima pegawai Indian Railway juga adalah antara yang dikhuatiri hilang.

    Sebuah projek kereta api sedang dibina di kawasan tersebut yang turut dicengkam pemberontakan, dan kakitangan tentera memberikan perlindungan kepada pegawai syarikat kereta api yang menyelia projek itu. Pemberontakan sedekad lamanya di negeri itu tercetus bagi menuntut tanah air berasingan kumpulan etnik dan puak.

    Hujan lebat tanpa henti dalam masa tiga minggu telah menghuru-harakan seluruh timur laut India, yang terdiri daripada lapan negeri dan berpenduduk 45 juta orang serta berjiran dengan Bangladesh.

    Dianggarkan 200 orang sudah pun terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di negeri-negeri terbabit termasuk Assam, Manipur, Tripura dan Sikkim, manakala 42 orang maut di Bangladesh sejak 17 Mei.

    Beratus-ratus ribu lagi orang terpaksa dipindahkan. – AP

    Seorang lelaki memegang payung dalam hujan di pantai Juhu, di pesisir pantai Laut Arab di Mumbai, India, 30 Jun. Seramai 14 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di timur laut India akibat hujan berterusan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...