14 maut bas terjunam dalam gaung

KATHMANDU, 15 DIS – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah bas membawa rombongan terbabas dari jalan raya sebelum bergolek ke lereng curam, di tengah Nepal, hari ini, kata seorang pegawai dalam kemalangan maut terbaharu di wilayah Himalaya itu.

Menurut polis, bas terbabit membawa 32 penumpang, terjunam sejauh 70 meter ke lembah curam di kawasan jalan berliku di daerah Sindhupalchowk, kira-kira 80 kilomter ke timur laut ibu negara, Kathmandu.

“Kami sudah menjumpai 12 mayat yang terbabit dalam kemalangan itu,” kata jurucakap polis, Prajwal Maharjan, menambah dua lagi meningal dunia di hospital.

Menurut polis trafik, empat daripada mangsa adalah kanak-kanak, manakala 18 penumpang yang cedera dibawa ke hopsital. Masih tidak dapat dipastikan jika pemandu bas termasuk dalam kumpulan itu ataupun sudah melarikan diri.

Rombongan penumpang itu dikatakan pulang daripada upacara keagamaan di Kalinchowk Bhagawati, sebuah kuil Hindu terkenal terletak kira-kira 4,000 meter di kawasan bukit di daerah Dolakha, Nepal, kira-kira 140 kilometer di timur ibu kota ini.

Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan, tetapi polis berkata ia berpunca daripada kecuaian pemandu yang mengemudi laluan bahaya lereng bukit dan berliku.

Sekurang-kurangnya 18 penumpang terbunuh dalam kejadian bas terjunam ke gaung di tengah Nepal bulan lalu. – AFP

Penduduk dan anggota menyelamat memeriksa struktur yang rosak susulan gempa bumi di Padada, wilayah Davao del Sur, selatan Filipina kelmarin. – AP