Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    14 mayat ditemui terdampar di pantai Myanmar

    YANGON, 23 MEI – Empat belas mayat telah ditemui terdampar di pantai Myanmar, polis memberitahu AFP hari ini, dengan sebuah kumpulan penyelamat tempatan berkata sebilangannya adalah Rohingya yang cuba pergi ke Malaysia.

    Migran berkenaan dalam pelayaran menggunakan bot dari barat Myanmar, menurut seorang aktivis Rohingya tempatan.

    “Empat belas mayat telah diitemui, 35 orang termasuk pemilik-pemilik bot berjaya diselamatkan,” kata Leftenan Kolonel Tun Shwe, jurucakap polis di daerah Pathein, kira-kira 200 kilometer barat Yangon.

    Seorang ahli Organisasi Menyelamat Myanmar Pathein yang enggan dikenali berkata, kumpulan itu telah menemui lapan mayat kelmarin dan semuanya daripada minoriti Rohingya.

    Seorang aktivis Rohingya tempatan memberitahu AFP bahawa 12 wanita dan dua kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia.

    Bot mereka membawa penduduk dari pekan-pekan Buthidaung, Maungdaw dan Sittwe di negeri Rakhine, Myanmar, aktivis itu menambah, juga meminta tidak didedahkan nama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...