Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    14 mayat lombong runtuh ditemui

    BEIJING, 6 MAC – Seramai 14 pekerja yang terperangkap apabila lombong arang di barat daya China runtuh 10 hari lalu telah meninggal dunia, lapor media hari ini.

    Operasi menyelamat ditamatkan petang ini selepas mayat-mayat pelombong ditemui, kata agensi berita Xinhua milik kerajaan.

    Pekerja yang terperangkap selepas bumbung syaf di lombong arang Sanhe Shunxun di wilayah Guizhou runtuh pada 25 Februari.

    Operasi menyelamat sangat mencabar kerana bumbung runtuh itu kira-kira 3km jauhnya daripada pintu masuk ke lombong dan kawasan runtuh itu dianggap sangat besar, lapor media. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...