Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    14 negara sertai Garuda Shield

    JAKARTA, 10 APRIL – Puluhan buah negara akan menyertai eksesais tahunan antara tentera Indonesia dan Amerika Syarikat (AS) tahun ini, kata para pegawai hari ini, ketika ketegangan bersama China terus memuncak di rantau itu.

    Latihan bersama dinamakan ‘Garuda Shield’ akan menyaksikan para tentera dari 14 buah negara – termasuk Britain, Australia dan Jepun – menyertai latihan darat dan eksesais pendaratan pantai bermula 1 hingga 14 Ogos di kepulauan Sumatera Selatan dan pulau Timur Borneo, kata Tentera Indonesia.

    Seorang pegawai AS berkata dianggarkan 3,000 tentera akan menyertai latihan tersebut.

    Ini akan menjadikan latihan edisi ‘terbesar’ sejak Garuda Shield ditubuhkan pada 2009, kata Albert Tambunan, jurucakap tentera Indonesia memberitahu AFP hari ini.

    Pelanjutan kerjasama tentera tahun ini menandakan peningkatan dalam hubungan pertahanan antara AS dan beberapa negara Asia Pasifik, dengan ketegangan memuncak di perairan dipertikaikan.

    Rantau itu berbatasan dengan Laut China Selatan – laluan air penting yang Beijing tuntut hampir keseluruhannya dan menjadi perdebatan antara beberapa negara Asia Tenggara dan China semasa mesyuarat tahunan.

    Namun Ian Francis, ketua dari Pejabat Kerjasama Pertahanan di kedutaan AS di Jakarta, mengelar latihan perang dilanjutkan itu adalah satu ‘hasil perkembangan semula jadi keupayaan tentera Indonesia yang berterusan dan kesediaan mereka untuk bekerja dengan lebih ramai rakan.”

    “Latihan ini menunjukkan yang AS mempunyai hubungan kerjasama keselamatan yang teguh bersama Indonesia,” ujarnya kepada AFP.

    Senarai penuh negara yang menyertai latihan itu belum diumumkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...