Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    14 pendatang Afrika mati lemas di Tunisia

    TUNIS, 9 MAC – Seramai 14 pendatang dari sub-Sahara Afrika mati lemas di luar pantai bandar Sfax, Tunisia, kata pengawal pantai hari ini.

    “Rondaan pengawal pantai malam telah memintas kumpulan yang bot yang karam, menyelamatkan 54 orang dari pelbagai kewarganegaraan Afrika sub-Sahara, dan menemui 14 mayat,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di Facebook.

    Pendatang kulit hitam di Tunisia telah mengadu tentang peningkatan keganasan perkauman sejak Presiden Kais Saied menuduh mereka bulan lalu menyebabkan gelombang jenayah dan membuat komplot jenayah untuk mengubah komposisi demografi negara itu.

    Beratus-ratus telah kehilangan tempat tinggal dan ramai yang telah mendaftar dengan kedutaan mereka untuk penghantaran pulang, kebanyakannya ke negara-negara Afrika Barat.

    Pantai Tunisia terletak hanya 150 kilometer dari pulau Lampedusa Itali, telah lama menjadi batu loncatan bagi mereka yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan di benua itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah dengan menggunakan bot yang sudah usang.

    Negara Afrika Utara itu menempatkan kira-kira 21,000 pendatang tanpa izin dari bahagian lain di Afrika, kurang daripada 0.2 peratus penduduk. – AFP

    Gambar fail 4 Mac menunjukkan pendatang Sub-Sahara dengan barang-barang mereka, menuju ke bas yang membawa mereka ke penerbangan yang menghantar mereka pulang meninggalkan Tunis ke negara asal mereka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...