Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 suspek IS diberkas menjelang pilihan raya

    ANKARA, 22 Jun – Pihak berkuasa Turki di Ankara telah menahan 14 orang suspek ahli kumpulan Islamic State (IS) yang disyaki merancang serangan ke atas pilihan raya hujung minggu ini, kata agensi berita Anadolu yang diketuai oleh kerajaan itu. Seramai 14 yang ditahan itu merupakan warga asing, ditahan semasa serbuan yang dijalankan pada waktu pagi secara serentak di kediaman mereka di ibu negara, kata agensi berita itu.

    Presiden Recep Tayyip Erdogan akan memohon mandat baharu serta majoriti parlimen untuk parti pemerintahnya dalam pemilihan yang akan diadakan pada Ahad ini, yang dijangka berlaku di bawah keselamatan yang ketat. Laporan itu menyatakan sejumlah besar bahan telah dirampas dalam serbuan tersebut. Tetapi ia tidak memberikan butiran mengenai butiran masa dan lokasi serangan itu, atau kewarganegaraan suspek.

    Turki pada 2015 dan 2016 telah berhadapan dengan kekacauan seperti beberapa serangan yang menyalahkan kumpulan IS, serta militan Kurdish, yang telah mengorbankan beratus-ratus nyawa.Serangan utama terakhir di Turki yang dipersalahkan ke atas anggota IS adalah pembunuhan beramai-ramai Tahun Baharu oleh seorang lelaki bersenjata Uzbekistan di kelab malam Reina di Istanbul hanya beberapa minit sebelum tahun 2017. – AFP

    Para penyokong ketika mendengarkan ucapan oleh calon dan pemimpin presiden mereka kelmarin, menjelang pilihan raya akan datang di Istanbul. Pihak berkuasa Turki di Ankara telah menahan 14 orang suspek ahli kumpulan Islamic State (IS) yang disyaki merancang serangan ke atas pilihan raya hujung minggu ini, kata agensi berita Anadolu yang diketuai oleh kerajaan itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda