Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    14 terperangkap dalam lombong

    BOGOTA , COLOMBIA, 1 JUN – Seramai 14 pelombong terperangkap dalam lombong arang batu di utara Colombia selepas letupan bawah tanah, menurut datuk bandar negara itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Seorang pelombong yang berada di atas pada masa itu cedera akibat letupan petang Isnin, mengakibatkan kesan lecur di seluruh badannya,” kata Datuk Bandar Manuel Pradilla dari Zulia, berhampiran sempadan Venezuela.

    Lelaki itu kini dimaklumkan dalam keadaan stabil di hospital.

    “Kami tidak akan putus asa. Kami berharap 14 orang yang terperangkap dapat ditemui dalam keadaan masih hidup,” kata Pradilla kepada Colombia TV.

    Ahli keluarga pelombong yang hilang berkumpul di tapak kejadian, ramai yang menangis, menunggu berita daripada anggota penyelamat yang mencari mangsa terselamat.

    Punca letupan masih belum diketahui. Dalam pada itu, perlombongan dan minyak mentah mewakili eksport utama Colombia.

    Ekonomi keempat terbesar di Amerika Latin itu telah merekodkan 148 kematian
    dalam kemalangan perlombongan setakat 2021. – AFP

    Pihak berkuasa bercakap dengan keluarga mangsa yang terperangkap selepas letupan di Zulia kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...