Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 warga Vietnam berjaya dipindahkan dari kawasan konflik di Ukraine

    VIETNAM, 14 MAC – Kedutaan Vietnam di Rusia dan Persatuan Vietnam di Krasnodar pada Ahad telah menerima 14 warga Vietnam termasuk tiga kanak-kanak yang melarikan diri dari wilayah Kherson di Ukraine.

    Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), kebanyakan mereka adalah peniaga kecil di pasar tempatan yang ditutup akibat krisis Ukraine-Rusia.  

    Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Luu Xuan Truong, berkata “dia gembira kerana dia dan ahli keluarganya dapat melarikan diri dan terharu atas bantuan yang diberikan masyarakat Vietnam yang berada di Krasnodar, Rusia.

    Setiausaha I di Kedutaan Vietnam di Rusia, Vu Son Viet, memberitahu VNA pihak Rusia turut membantu mempermudah proses membawa keluar kumpulan itu dari Kherson. – Bernama

    Seorang sukarelawan mengagihkan makanan kepada pelarian Ukraine sejurus ketibaan mereka di stesen kereta api utama di Berlin, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda