Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    141 orang lagi pulang ke India

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Seramai 141 orang warga India termasuk dua orang anak damit telah pulang ke India menaiki penerbangan tempahan khas yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dari Negara Brunei Darussalam ke Coimbatore, Tamil Nadu, India, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam, hari ini, penerbangan itu merupakan penerbangan tempahan khas ke-19 di mana turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas kepada warga India berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India.

    Kenyataan menyatakan bahawa sehingga hari ini, seramai 2,647 orang warga India telah dibantu oleh Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam untuk kembali ke India menerusi 19 penerbangan tempahan khas dari Brunei ke India.

    Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semasa seramai 141 orang warga India termasuk dua anak damit bersedia meninggalkan Brunei. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...