Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    142 pelajar sertai STAR

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 142 pelajar telah layak dan diterima untuk mengikuti Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) dan mengikuti sesi pengambilan kali ke-25 bagi 2022-2023 yang dilaksanakan secara maya, hari ini.

    Daripada 142 pelajar, seramai 108 pelajar dari Daerah Brunei dan Muara, 17 pelajar dari Daerah Belait, lapan pelajar dari Daerah Tutong dan sembilan pelajar dari Daerah Temburong.

    Sesi pendaftaran tersebut dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian Pelajaran Lanjutan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Awang Norasikin bin Haji Ahmad.

    Sesi berkenaan turut di-ikuti dengan ucapan daripada tetamu khas acara, Pemangku Penolong Pengarah Pengajian Islam (Institusi Pengajian), Awang Mohd Ahsanul Azmi bin Haji Sarbini.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Qawiyuddin bin Haji Suhaili.

    Pemilihan pelajar-pelajar baharu tersebut adalah hasil sesi temu duga yang telah dijalankan pada Januari yang lalu.

    STAR ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah pengendalian Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir, Bahagian Pelajaran Lanjutan, JPI.

    Antara pegawai-pegawai JPI bersama pelajar-pelajar yang mengikuti STAR semasa hadir pada sesi pendaftaran tersebut yang dilaksanakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -