Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    146 pelajar IQRA dirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 146 pelajar telah menerima sijil dan hadiah cemerlang pada Majlis Penyampaian Sijil Pra Diploma dan Pelajar-pelajar Cemerlang Sekolah Membaca Al-Quran IQRA dan Sekolah Rendah IQRA yang diadakan di Dewan Bomba, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan sijil dan hadiah ialah Ketua Baha-gian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya.

    Guru Besar Sekolah Rendah IQRA, Hajah Norliha binti Haji Matali dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan mereka yang menerima sijil dan hadiah terdiri daripada 57 pelajar dari Pra Diploma cawangan Manggis dan Jerudong, yang telah lulus pada tahun 2018 hingga 2020.

    Selain itu, seramai 27 pula pelajar cemerlang Sekolah Membaca Al-Quran dari cawa-ngan Manggis, Sengkurong, Jerudong, Mentiri, Kapok dan Rimba.

    Manakala 45 lagi pelajar cemerlang di setiap peringkat dari Sekolah Rendah IQRA, KG1 hingga Tahun 5 dan 16 pelajar Tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah tahun ini.

    “Seperti sekolah lain di negara ini, pihak sekolah IQRA memainkan peranan yang pen-ting untuk membantu kecemerlangan pelajar di negara ini,” kata Hajah Norliha.

    Beliau bersama warga pendidik akan memastikan segala keperluan pelajar dapat dipenuhi dengan sebaiknya untuk mengadaptasi dengan sebaik mungkin.

    Sehubungan itu, beliau berharap supaya ibu bapa, penjaga dan masyarakat akan dapat memberi sokongan padu, bantuan dan kerjasama penuh bagi menyuburkan pertumbuhan dan pembangunan sekolah IQRA dari segala aspek.

    Hajah Siti Mahyana semasa menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...