Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    1,488kg sampah dikutip di Pantai Muara

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan JASTRe

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Sejumlah 1,488 kilogram sampah telah berjaya dikutip dalam kempen kebersihan bagi serpihan laut atau marine debris berkonsepkan Scavenger Hunt di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada kempen anjuran Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) itu ialah ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-
    undang), Dayang Nor Aldila binti Haji Mohd Salleh; pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari jabatan-jabatan dan divisyen di bawah Kementerian Pembangunan dan wakil-wakil dari syarikat makanan dan minuman (F&B) iaitu Syarikat Air Rainwater RAB Global Green Sdn Bhd dan Syarikat Sehat Water IBIC Sdn Bhd.

    Lebih 350 orang telah menyertai kempen tersebut yang telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat keselamatan dan senaman ringan.

    Divisyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah muncul juara bagi kempen itu. Maklumat lanjut mengenai kempen akan dikongsikan di Instagram @jastre.bn.

    Kempen Kebersihan Senegara yang pertama bermula pada 13 Jun 2021 dan diadakan di tiga pantai secara serentak iaitu Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei Muara, Pantai Danau, Daerah Tutong dan Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut, Daerah Belait.

    Serpihan laut merupakan salah satu masalah alam sekitar yang utama di peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa.

    Tujuan utama Kempen Kebersihan Wira Pantai itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan sisa yang dibuang ke persekitaran laut, terutamanya sisa plastik.

    Objektifnya pula adalah untuk mengumpul data asas serpihan laut di kawasan persisiran, mengenal pasti jenis serpihan laut yang ada dan memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.

    Dr Nor Imtihan bersama antara yang menyertai kempen anjuran JASTRe berkenaan.
    Para peserta kempen bersama-sama mengutip sampah di Pantai Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...