Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    15 anak yatim terima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Seramai 15 orang anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam 2021 telah dipilih untuk menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA (AIPC-DANA) pada majlis yang berlangsung di Dewan An-Naura, Tingkat 2, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di sini, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku timbalan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA).

    Enam orang pelajar menerima anugerah bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE O Level iaitu Dayang Hadzietul Norasikin anak Pin, Awang Ahmad Hamizan @ Ahmad Aliridha bin Haji Laidin, Dayang Nur Syahirah Najihah binti Mahmood, Awang Mohammad Afkar Syarmayuda Saiful Akma Adhwa bin Haji Mohammad, Dayang Nur Azeela Natasya
    binti Haji Hamidon, dan Dayang Irdina binti Muhammad Hasbul Wafi Fakri.

    Setiap pelajar menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak, dan pakej kemudahan belajar selama dua tahun dalam bentuk wang tunai bernilai $760.

    Manakala itu, lima orang menerima anugerah bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) iaitu Awang Mohammad Syukri bin Abdullah, Dayang Siti Nurunnajihah binti Haji Yahmiruddin Shah, Dayang Raqiqah Nur Fasihah binti Ramli, Dayang Noor Fashanda Batrisya binti Abduzilialali Wal Ikram, Dayang Siti Nurmu’tazzah binti Abdullah dan Muhammad Nur Azro Azharuddin.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan anugerah insentif kepada para pelajar cemerlang bagi 2021.

    Setiap pelajar menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak, dan pakej kemudahan belajar selama dua tahun dalam bentuk wang tunai bernilai
    $400.

    Seterusnya, empat pelajar pula bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah 6 iaitu Dayang Nur Hani Basyirah binti Tuah, Dayang Siti Nor Akmal Farhanis binti Haji Muhammad Edzhar, Awangku Farid Haziq bin Pengiran Haji Salim dan Dayang Zulaikha Zakirah binti Mustapa, yang masing-masing menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak, dan wang simpanan sebanyak $500 yang dikreditkan terus ke Akaun DANA masing-masing di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei.

    Ketika ditemu bual, Dayang Siri Nurunnajihah yang merupakan pelajar Mahad Islam Brunei melahirkan rasa syukur kerana telah terpilih untuk menerima anugerah insentif pelajar cemerlang.

    Menurutnya, dengan adanya anugerah itu akan dapat memberi motivasi agar lebih tekun belajar untuk mendapatkan yang terbaik.

    Manakala itu, bagi Awang Ahmad Hamizan, pelajar Tahun 1, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pula, ia merupakan satu anugerah yang sangat berharga bagi beliau, lebih-lebih lagi kemudahan yang diberikan seperti mesin pencetak dan komputer riba itu sangat berguna pada masa ini terutama sekali bagi pelajar di peringkat diploma.

    Katanya, beliau juga merupakan seorang hafiz dan telah berjaya menghafal 30 juzuk.

    Seterusnya, pelajar terbaik AIPC, Dayang Hadzietul Norasikin pula berkata, dengan adanya bantuan insentif itu akan dapat memberikan motivasi lagi untuknya melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih mencabar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...