Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 asah kemahiran IT

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Lebih 15 orang peserta Seminar IT anjuran de’Heritage Group telah menerima sijil tamat kursus masing-masing di majlis yang berlangsung di De’ Heritage IT Service di Kompleks Melabau, kelmarin.

    Hadir menyampaikan sijil kepada para peserta seminar ialah Ketua Pegawai Eksekutif de’Heritage Group, Awang Nadzirun Hazim bin Dr Haji Kamsani.

    Terdahulu itu, Dr. Haji Kamsani bin Haji Ahmad yang merupakan pensyarah akademik dan pelatih perofesional dalam teknologi maklumat (IT) dan sistem maklumat (IS) menjelaskan, seminar berkenaan adalah untuk mendedahkan kepentingan kursus berkenaan terutama dalam bidang IT dan IS untuk menangani dan mengurangkan pengganguran di negara ini.

    Menurutnya, bajet boleh dikurangkan jika mempunyai kepakaran tempatan dalam IT dan IS.

    Peserta seminar dengan sijil mereka pada majlis tamat kursus dan penyampaian sijil yang berlangsung di de’Heritage Group, Kompleks Melabau.

    Beliau seterusnya menjelaskan, profesional diperlukan bagi mencapai kejayaan daripada peringkat asas hingga ke peringkat sarjana dalam bidang IT dan dengan adanya projek berkenaan, ia dapat mewujudkan dan mengurangkan pengganguran di negara ini.

    Tambahnya lagi, sasaran Wawasan Brunei 2035 dalam industri IT adalah untuk melahirkan profesional dan melatih mereka dalam teknologi-teknologi keselamatan, rangkaian dan Cloud, perkakasan, perkhidmatan dan infrastruktur, pengurusan IT dan IS, pembangunan perisian dan lainnya.

    “Untuk meraih kejayaan dalam bidang profesional IT dan IS, disiplin adalah penting untuk mencapai kejayaan itu,” tegasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda