Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    15 cedera dalam kebakaran

    TEHRAN, 13 NOV – Kira-kira 15 orang cedera dalam kebakaran yang meletus di rantau industri tengah Iran hari ini, lapor agensi berita rasmi IRNA.

    Kebakaran meletus di unit industri Arad Sanat di bandar industri Mobarake di tengah wilayah Isfahan dan mengakibatkan 15 cedera terhidu kimia, menurut laporan itu.

    Gabenor Mobarake juga memberitahu agensi berita Tasnim bahawa kebakaran besar berlaku di salah satu kilang minyak enjin yang dipenuhi kimia.

    Anggota bomba dapat mengawal kebakaran, menurut IRNA tanpa memaklumkan punca insiden. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...