CHICAGO, 1 NOV – Seramai 15 orang cedera termasuk tiga kanak-kanak dalam insiden tembakan di kawasan Garfield Park, Chicago, pada malam Halloween.
Polis Chicago, David Brown, berkata terdapat tiga mangsa juvana iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun manakala dua yang lain berusia 11 dan 13 tahun masing-masing. Mangsa selebihnya adalah orang dewasa berusia antara 30 hingga 50-an.
Selain itu, polis berkata orang wanita yang cuba melarikan diri dari tempat kejadian dilanggar sebuah kereta ketika menyeberangi jalan. Pihak bomba Chicago, berkata pihaknya menghantar sekurang-kurangnya 10 ambulans ke lokasi kejadian.
Brown berkata tembakan dilepaskan sekitar 9:30 malam dan kejadian berlaku dalam sekelip mata, namun insiden itu berjaya dirakam. Maklumat awal menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya dua penembak dalam video berkenaan, walaupun jumlah itu mungkin berubah. – AP
