15 cuba lari dari wilayah virus ditemui dalam trak

HANOI, 13 SEPT – Seramai 15 orang termasuk seorang budak berusia tujuh tahun ditemui dalam sebuah trak sejuk beku di Vietnam selepas mereka cuba melarikan diri dari zon merah COVID-19 di selatan wilayah Dong Nai, lapor media kerajaan hari ini.

Vietnam kini sedang memerangi gelombang keempat virus sejak April dan berpuluh-puluh juta orang dikenakan perintah duduk di rumah, dengan perjalanan domestik sebahagian besarnya disekat.

Pada Ahad, ketika memeriksa sebuah kenderaan di pos pemeriksaan virus, polis terkejut apabila menemui sekumpulan 15 orang di bahagian sejuk beku trak itu, akhbar online, Phap Luat melaporkan. -AP