15 dikompaun kerana rentas negeri

LABUAN, 12 APRIL – Sekurang-kurangnya 15 individu di pulau bebas cukai ini didenda RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa mendapat kebenaran polis pada 5 Mac hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Labuan Supt Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata kesemua mereka dikenakan kompaun itu sebaik tiba dari tanah besar Sabah bagi tempoh berkenaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Polis akan terus memantau aliran masuk dan keluar pengembara menerusi pintu masuk/keluar pulau ini ke tanah besar. Kami tahu virus ini tidak mengenal sempadan geografi, jadi sekiranya terdapat percampuran masyarakat melalui perjalanan, sama ada untuk tugasan atau bercuti, ia boleh meningkatkan penyebaran virus.” – Bernama