15 dipilih cabutan Pepsi Bonanza

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Sebanyak 15 nama daripada 9,254 penyertaan telah dipilih dalam cabutan bulanan kedua Pepsi Bonanza yang berlangsung di ibu pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Beribi, hari ini.

Dari 15 pemenang bertuah berkenaan, seorang akan membawa pulang hadiah pertama berupa wang tunai $300 manakala itu, pemenang kedua akan menerima $200 dan pemenang ketiga wang tunai $100.

Sementara itu, 12 yang lain akan menerima hamper Pepsi dengan Pepsi Backpack dan Pepsi Goodies Bag sebagai hadiah sagu hati.

Cabutan bulanan Pepsi Bonanza yang bertemakan Drink and Drive Away MS ZS telah bermula pada awal September lalu hingga penghujung Disember depan.

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai dalam Pepsi Bonanza berkenaan hanya perlu membeli pek kembar minuman botol 1.5 Liter atau pek tiga untuk minuman botol 500ml atau 400ml atau pek kluster untuk minuman tin 320ml dan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di kedai-kedai, pasar raya atau pejabat Kingston Beverage & Creamery.

Pelanggan juga boleh mengunjungi restoran makanan segera Ayamku dan KFC dengan membeli set hidangan terpilih untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

Cabutan untuk 15 nama bertuah bulanan kedua Pepsi Bonanza.