15 kelab Serie A tolak reformasi

MILAN, 11 JUN – Sebanyak 15 kelab Serie A bersatu menentang pelan kontroversi Persatuan Kelab Eropah (ECA) bagi reformasi Liga Juara-Juara, yang disokong oleh gergasi Itali Juventus, menurut beberapa laporan di Itali hari ini.

Presiden Juventus, Andrea Agnelli, yang juga selaku presiden ECA, pada minggu lepas mempertahankan pelan bagi reformasi Liga Juara-Juara itu di kongress UEFA sebagai usaha untuk menyelamatkan kelab-kelab kecil daripada ‘fahaman perlindungan lima liga besar’. Satu undian diadakan semalam oleh Liga Bola Sepak Itali mengenai satu gabungan bersama menentang projek itu, menurut laporan Gazzetta Dello Sport. Hanya Juventus menentang gabungan itu, sementara Roma, Inter Milan, AC Milan dan Fiorentina tidak mengundi.

ECA telah mencadangkan satu kejohanan yang terdiri daripada 128 pasukan dalam tiga divisyen.

Divisyen teratas akan terdiri daripada empat kumpulan yang dilengkapi dengan lapan pasukan, dengan enam pasukan teratas layak dalam setiap kumpulan layak bagi edisi seterusnya, tanpa mengira kedudukan mereka dalam liga-liga domestik. Tetapi sebanyak 15 pasukan Serie A menentangnya, yang percaya pelan itu boleh membawa kepada kemerosotan sebanyak 35 peratus dalam keuntungan liga teratas. – AFP