Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    15 keluarga terima barangan keperluan harian

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Dengan hasrat meringankan bebanan golongan yang kurang berkemampuan dan bersempena dengan bulan Ramadan, 15 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Tanjong Nangka menerima sumbangan derma berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Syarikat Poomaan Jaya Sdn Bhd, Tanjong Nangka yang berlangsung di Tanjong Nangka, hari ini.

    Majlis sumbangan tersebut merupakan salah satu projek kebajikan yang dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Tanjong Nangka de-ngan kerjasama Syarikat Poomaan Jaya Sdn Bhd.

    Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada penerima ialah Pemangku Ketua Kampung Tanjong Nangka, Haji Hamdan bin Ajak serta pihak pengurusan Syarikat Poomaan Jaya termasuk Penolong Pengurus Syarikat Poomaan Jaya cawangan Tanjong Bunut, Haja Maideen bin Abdul Rahim; Pengurus, Tajudeen Ahmed dan Pengurus, Abu Taher.

    Menurut Haji Hamdan, projek amal yang julung-julung kali diadakan itu dihasratkan untuk membantu meringan-kan beban keluarga yang kurang berkemampuan terutama sebagai persediaan menjelang bulan Ramadan.

    Ia merupakan salah satu kegiatan amal yang dilaksanakan di bulan Ramadan dengan kerjasama Syarikat Poomaan Jaya dan dihasratkan untuk dijadikan sebagai projek amal tahunan bagi MPK Kampung Tanjong Nangka.

    Sementara itu, Haja Maideen berkata beliau amat berbesar hati kerana syarikat mereka dapat sama-sama menyertai projek amal untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan harian bagi keluarga kurang berkemampuan di kampung berkenaan.

    Beliau turut menyatakan harapan syarikat berkenaan dapat mengadakan sumbangan sedemikian sebagai kegiatan kebajikan tahunan bersama-sama pihak MPK Kampung Tanjong Bunut untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.

    ATAS & BAWAH: Haji Hamdan bersama-sama pihak pengurusan Syarikat Poomaan Jaya menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Tanjong Nangka, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...