Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    15 kes tempatan, satu kes import dicatat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Sebanyak 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 15,532 orang.

    Daripada jumlah tersebut, 15 adalah kes tempatan manakala satu adalah kes import, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    “Jumlah kes baru ini adalah hasil daripada 2,568 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 0.6 peratus,” tambah beliau semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengongsikan, dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam kategori 4 dan kategori 5.

    Sementara itu, 12 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,331 kes dengan 100 kes aktif.

    Beliau turut menyatakan, kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 2.4 peratus.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru orang ramai untuk terus memberi kerjasama dan mematuhi arahan pihak Kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

    “Semoga rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT dan terselamat dari segala bencana dan musibah, khususnya daripada wabak COVID-19,” tambahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...