Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    15 lagi perdengarkan bacaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Seramai 15 orang peserta telah memperdengarkan bacaan mereka pada Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sembilan qari dan dua qariah telah memperdengarkan bacaan pada sesi pagi manakala itu, tiga qari dan seorang qariah pada sebelah petang.

    Hadir selaku tetamu khas pada sesi pagi ialah Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Hardifadhilah bin Haji Mohd Salleh manakala itu, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Suhaimi bin Haji Gemok hadir pada sebelah petang.

    Musabaqah kelolaan KHEU telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 21 November lalu, manakala majlis pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah akan berlangsung esok, di tempat sama.

    Orang ramai bolehlah mengikuti musabaqah berkenaan secara langsung melalui Instagram rasmi KHEU, @kheu.brunei.

    Antara peserta yang mem-perdengarkan bacaan semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...