Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 maut banjir, hujan lebat di China

    BEIJING, 12 OKT – Sekurang-kurangnya 15 orang mati dalam banjir dan hujan lebat tidak bermusim di wilayah utara China, Shanxi awal bulan ini, kata pegawai hari ini, selepas kawasan yang lazimnya kering, menerima jumlah turunan hujan tiga bulan dalam masa hanya seminggu.

    Banjir melanda wilayah yang kaya arang batu dikelilingi daratan itu semasa kekurangan bekalan tenaga di seluruh negara, selepas banjir memecah rekod membunuh lebih daripada 300 orang di wilayah tengah Henan pada Julai lalu.

    Sekurang-kurangnya 60 lombong arang batu di wilayah itu – sebuah daripada kawasan pengeluar arang terkemuka China – ditutup sementara akibat banjir, namun sekarang kecuali empat daripadanya, sudah pun kembali beroperasi, pegawai pengurusan kecemasan bencana tempatan, Wang Qirui menjelaskan pada satu sidang media.

    Menurut Wang, sekitar 19,000 bangunan musnah akibat cuaca ekstrem itu, dengan 18,000 lagi yang lain ‘rosak teruk.’ “Seramai 15 orang mati disebabkan bencana dan tiga lagi masih hilang,” tambahnya.

    Sekurang-kurangnya 1.75 juta penduduk di seluruh wilayah terjejas oleh banjir, dengan 120,000 selamat dipindahkan, menurut Wang. – AFP

    Caps: Seorang peluncur jatuh ketika meluncur ombak yang dibawakan oleh ribut tropika Kompasu di Teluk Big Wave, Hong Kong, 12 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda