15 maut di China

BEIJING, 8 Feb – Lima belas orang terbunuh di China pada malam Tahun Baharu Cina dalam dua tragedi keluarga, selepas seorang lelaki memulakan kebakaran dan seorang lagi mengamuk mengayunkan parang.

Ketika orang ramai meraikan kedatangan Tahun Baharu Cina pada malam Isnin, seorang lelaki dengan nama keluarga Lu membakar kediaman abangnya di utara wilayah Shaanxi, membunuh tujuh orang, menurut polis di bandar Baoji.

Abangnya, isteri dan bapa serta tiga anak mereka mati dalam kebakaran itu, menurut polis di platform ala Twitter, Weibo.

Beberapa jam selepas insiden itu, polis memberkas suspek yang cuba membunuh dirinya sendiri. Manakala pada malam sama, lelaki dengan nama keluarga Guo yang mengesyaki isterinya curang, menikam lapan orang sehingga mati dan mencederakan tujuh lagi di sebuah kampung di wilayah barat daya Gansu, menurut polis di komuniti Baiyin.

Lelaki itu, berusia 49 tahun juga diberkas. Identiti mangs-mangsa tidak dikeluarkan.

Serangan amuk berparang adalah sesuatu yang lazim di China di mana membawa senjata api adalah sangat dilarang. – AFP