Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    15 maut kejadian tanah runtuh

    KAMPALA, UGANDA, 7 SEPT – Satu kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di bahagian terpencil di barat daya Uganda telah membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, menurut laporan Palang Merah Uganda.

    “15 disahkan maut. Sebahagian besar mangsa ialah wanita dan kanak-kanak,” kata jurucakap Palang Merah, Irene Nakasiita dalam taklimat kepada media.

    “Pasukan tindak balas masih giat berada di tapak runtuhan dan misi menyelamat masih diteruskan.” Nakasiita berkata jumlah sebenar mangsa yang hilang tidak diketahui, tetapi enam orang cedera telah dibawa ke hospital.

    Kasese, yang terletak berhampiran sempadan dengan Congo, merupakan daerah yang mudah terdedah kepada banjir lumpur yang membawa maut semasa musim hujan.

    Setakat hari ini, polis Uganda dan pihak berkuasa lain tidak memberikan ulasan lanjut.

    Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh di bandar Mbale di timur Uganda selepas banjir kilat melanda pada penghujung Julai, menyebabkan banjir lumpur yang mengakibatkan kerosakan meluas dan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.

    Pada tahun 2020, lapan orang maut di Kasese selepas hujan lebat menyebabkan sungai pecah tebingnya. – AP/ AFP

    Pasukan penyelamat dari Persatuan Palang Merah Uganda berada di tempat kejadian tanah runtuh di kampung Kasika, daerah Kasese. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...