Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 maut kemalangan bas di barat Mexico

    MEXICO CITY, 3 Okt – Sekurang-kurangnya 15 orang meninggal dunia dan 38 lagi cedera apabila bas mereka terbalik di negara jiran Mexico Barat, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.

    Pengarah Perlindungan Awam Jalisco, Trinidad Lopez, memberitahu Xinhua bahawa kemalangan itu berlaku pada malam Ahad di bandar Atotonilco di sepanjang lebuh raya negeri 307, antara Arandas dan Atotonilco.

    Beliau menambah bahawa 12 orang, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital sementara menerima rawatan.

    Lopez berkata mereka yang maut merupakan penziarah yang kembali dari lawatan ke Virgin San Juan de los Lagos, sebuah bandar yang terletak di utara Jalisco.

    Menurut laporan awal, bas tersebut dilanggar oleh pengangkutan berat, yang menyebabkan ia terbalik.

    Laporan akhbar tempatan mengatakan sejumlah mangsa terhimpit di bawah bas dan berada dalam keadaan teruk. Pasukan kecemasan dari lima bandar serta anggota perlindungan awam negeri bergegas ke tempat kejadian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda