15 maut serangan berani mati di Kabul

JALALABAD, AFGHANISTAN, 4 OKT – Sekurang-kurangnya 15 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam serangan bom trak yang menyasarkan sebuah bangunan kerajaan di timur Afghanistan semalam, kata pegawai.

Seorang pengebom nekad mengebom kenderaan yang penuh dengan bahan letupan di pintu masuk bangunan pentadbiran yang juga menempatkan kemudahan tentera di daerah Ghani Khel di wilayah Nangarhar, beritahu jurucakap gabenor Attaullah Khogyani kepada AFP.

“Akibatnya, 13 orang awam termasuk seorang wanita dan empat kanak-kanak terbunuh. Sepuluh anggota keselamatan juga maut,” kata beliau.

Empat puluh dua orang, termasuk empat anggota keselamatan, cedera, menurutnya, menambah beberapa penyerang yang cuba memasuki bangunan selepas serangan juga dibunuh oleh anggota keselamatan.

Jurucakap polis wilayah Farid Khan mengesahkan butir-butir tersebut.

Abdullah, seorang pekedai dengan premisnya juga rosak sebahagiannya dalam serangan, memberitahu AFP letupan adalah besar.

“Terdapat bazar berhampiran bangunan, hampir kesemua tingkap kedai pecah. Ramai orang telah terkorban dan cedera,” katanya. Tidak ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi Khan menyalahkan Taliban. – AFP

Kakitangan keselamatan memeriksa tapak serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah bangunan kerajaan di Ghani Khel di wilayah Nangarhar pada 3 Oktober. – AFP