15 menang Promosi Pepsi Bonanza

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Seramai 15 orang pemenang bertuah telah dipilih dalam cabutan bulanan bagi Promosi Pepsi Bonanza, anjuran Kingston Beverages & Creamery Sdn Bhd, yang berlangsung di Bilik Pameran Premier Motors, Perindustrian Beribi II
Pada majlis itu, hadiah pertama berupa baucar wang tunai bernilai $300 telah dimenangi Dayang Rokiah Mat Noor manakala itu, Dewi Sahiramani membawa pulang baucar $200 selaku pemenang kedua dan Dayang Nurul Nadiah memenangi baucar $100 selaku pemenang ketiga.

Sementara itu, 12 orang lagi membawa pulang hadiah sagu hati sumbangan Kingston Beverages & Creamery Sdn bhd.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston, Ng Boon Wee.
Orang ramai masih boleh memenangi hadiah-hadiah menarik cabutan tersebut dengan pembelian minuman terpilih dan mengisi borang tersedia di kedai-kedai atau di premis Kingston.

Antara pemenang yang terpilih dalam cabutan bulanan Pepsi dan membawa pulang hadiah wang tunai di Premier Motors Beribi.