Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    15 migran cedera lori terbalik

    HOUSTON, 25 APRIL – Enam belas orang, termasuk 15 pendatang dan seorang pemandu lori, cedera dalam kemalangan jalan raya selepas dikejar polis di Texas, Amerika Syarikat dekat sempadan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.

    Pemandu lori itu hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas dan terbalik beberapa kali, menurut Sheriff Medina County, Randy Brown.

    Sekurang-kurangnya dua daripada 15 pendatang dalam keadaan kritikal dan diterbangkan ke hospital San Antonio dengan helikopter, manakala yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan, menurut ABC News.

    Pemandu terbabit yang mempunyai sepucuk pistol turut didakwa dengan beberapa pertuduhan. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...