Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    15 mualaf perempuan tamat kursus bimbingan dirai di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Unit Dakwah Daerah Belait

    BELAIT, 1 FEB – Seramai 15 orang saudara baharu telah berjaya menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan II bagi Mualaf Perempuan Siri ke-36 dan diraikan pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Ketua Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Arif Fakhrullah bin A Ramlee yang dialu-alukan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga orang pelajar terbaik dalam peperiksaan akhir iaitu Dayang Iman Shahatiqah binti Abdullah Munan, Dayang Nur Azlina Azureen binti Abdullah Satu dan Dayang Erna Farhana binti Abdullah Munan.

    Kursus berkenaan telah berjalan selama 14 hari bermula 18 Januari lalu di mana sepanjang tempoh itu, para mualaf mengikuti pelbagai kelas yang dibimbing oleh tenaga pengajar di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) untuk membantu memberikan bimbingan dan pengetahuan mengenai agama Islam.

    Tiga pelajar terbaik bergambar ramai bersama tetamu kehormat pada majlis penutup berkenaan.
    Para peserta kursus bergambar ramai bersama kakitangan Unit Dakwah Daerah Belait pada majlis penutup berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...