Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    15 mukim catat lebih 80 kes positif

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Antara 6 Februari hingga 12 Februari 2022, terdapat 15 mukim yang mempunyai lebih daripada 80 kes positif.

    Perkongsian tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Menurut Yang Berhomat Menteri Kesihatan, mukim-mukim yang mencatatkan lebih 80 kes positif itu adalah Mukim Gadong A, Mukim Berakas B, Mukim Sengkurong, Mukim Gadong B, Mukim Mentiri, Mukim Serasa, Mukim Kilanas, Mukim Berakas A, Mukim Pengkalan Batu, Mukim Kota Batu, Mukim Lumapas, Mukim Seria, Mukim Kuala Belait, Mukim Liang dan Mukim Telisai.

    “Manakala, terdapat lima mukim yang mempunyai lebih daripada 40 kes positif iaitu Mukim Sungai Kebun, Mukim Kianggeh, Mukim Pekan Tutong, Mukim Keriam dan Mukim Bokok,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Sehubungan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberikan nasihat kepada orang ramai untuk lebih berwaspada terutama ketika berada di kawasan-kawasan yang mempunyai kes positif yang tinggi dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...