Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    15 nelayan masih hilang, bot karam di timur Indonesia

    JAKARTA, 5 JULAI – Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari 15 nelayan yang masih hilang selepas bot mereka karam di Laut Arafura, kata seorang pegawai Indonesia hari ini.

    Bot KM Setia Makmur 06, dengan 25 anak kapal dibadai ombak besar pada Sabtu, kata Darmawan Widi, jurucakap operasi mencari dan menyelamat di daerah Merauke di wilayah Papua Indonesia.

    “Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan selepas pejabat mennerima maklumat mengenai kejadian itu, dan beberapa bot nelayan berhampiran diminta membantu operasi itu.

    “Sepuluh orang telah berjaya diselamatkan, tetapi 15 yang lain masih hilang,” katanya kepada Xinhua.

    Pesawat tentera udara Indonesia turut digunakan bagi membantu operasi itu.

    Sebuah kapal perang tentera laut juga akan dikerah ke tempat kejadian pada hari ini.

    Bot nelayan itu berlepas dari pelabuhan Dobo, Kepulauan Aru (kepulauan Aru) wilayah Maluku, pada 24 Jun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...