Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    15 pegawai polis dinaikkan pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 15 orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dinaikkan pangkat yang berkuat kuasa bermula pada 17 September.

    Majlis kenaikan pangkat telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat PPDB, dan telah dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama isteri.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama isteri, pengarah-pengarah dan timbalan pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.

    Pegawai-pegawai berkenaan terdiri daripada seorang pegawai dinaikkan pangkat ke penolong pesuruhjaya polis, empat pegawai dinaikkan pangkat ke penguasa kanan polis, lapan pegawai dinaikkan pangkat ke penguasa polis dan dua pegawai dinaikkan pangkat ke timbalan penguasa polis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan memasangkan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai polis yang dinaikkan pangkat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...