Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 pekerja Rusia terbunuh akibat letupan

    BEIRUT, 15 Feb – Seramai 15 orang warga Rusia yang bekerja di Syria di bawah syarikat keselamatan swasta terbunuh dalam satu letupan yang berlaku di sebuah gudang penyimpanan senjata berdekatan pangkalannya di negara kacau-bilau itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemerhati semalam.

    Insiden itu berlaku di kemudahan penyimpanan senjata syarikat itu di Tabiya Jazira beberapa hari yang lalu di timur laut wilayah Deir Ezzor, menurut Pemerhati bagi Hak Asasi Kemanusiaan yang berpangkalan di Britain.

    Pengarah badan itu, Abdel Rahman berkata syarikat itu bertanggungjawab untuk “melindungi medan minyak dan gas yang dikawal oleh rejim Syria.”

    Berkata kepada AFP, “Seramai 15 orang warga Rusia yang bekerja untuk sebuah syarikat keselamatan swasta Rusia telah terkorban dalam satu insiden letupan di gudang penyimpanan senjata kepunyaan syarikat itu di Tabiya Jazira di wilayah Deir Ezzor.”

    Dia menambah, tujuh yang lain yang kebanyakannya pejuang pro rejim Syria turut terbunuh dalam letupan itu.

    Para pekerja dari Rusia itu berada di tapak berkenaan apabila ‘pasukan rejim berusaha untuk mengambil alih medan gas Coneco’ yang dikawal oleh Pasukan Demokratik Syria (SDF), iaitu satu pakatan Arab dan pejuang Kurdish yang disokong Amerika Syarikat.

    Kematian mereka dilaporkan sejurus tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan menentang kumpulan jihad di sebuah kilang Coneco hari ini sebagai tindakan membalas serangan terhadap pangkalan SDF di medan gas di tebing timur sungai Eufrat.

    Pakatan yang diketuai AS berkata hari ini bahawa pasukan itu telah membunuh kira-kira 100 orang pejuang pro rejim bagi menangkis serangan terhadap para sekutunya di Syria timur, dalam satu konfrontasi yang paling dahsyat bersama pasukan yang disokong Damsyik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda