Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    15 siswazah UNISSA ikuti program OUICP-HaSTI

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Seramai 15 siswazah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Osaka, Jepun, hari ini, bagi mengikuti Practical Study Abroad di bawah program The Osaka University International Certificate Programme (Halal Science, Technology and Innovation) (OUICP-HaSTI).

    Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pemangku Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pengiran Dr Hajah Norkhairiah Pengiran Haji Hashim dan wakil-wakil fakulti lain.

    Menurut UNISSA, program berkenaan merupakan kerjasama antara Osaka University, Jepun dan tiga institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam termasuk UNISSA.

    Melalui program itu, para siswazah akan mengikuti OUICP-HaSTI selama 10 bulan yang telah bermula pada November 2021 hingga September 2022.

    Antara lain objektif program adalah untuk menimba ilmu pengetahuan yang luas mengenai sains dan teknologi bagi inovasi produk dan perkhidmatan halal, di samping memperoleh pengetahuan dan pengalaman praktikal dengan lebih lanjut dalam bidang yang diminati dengan cara berinteraksi dengan para profesional industri di Jepun, terutama di daerah majoriti Muslim.

    Selain itu, program membolehkan pelajar memanfaatkan pembelajaran baharu dan praktikal serta menghubungkan mereka dengan kerjaya atau profesional masa depan dan meningkatkan keyakinan untuk bersaing di pasaran pekerjaan antarabangsa dengan peluang kejayaan yang lebih tinggi.

    Pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada sembilan orang yang mengikuti jurusan Sarjana Sains Halal di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, lima pelajar Sarjana Media dan Teknologi Komunikasi Islam dari Fakulti Teknologi Islam dan seorang pelajar Sarjana Undang-undang (Undang-undang Antarabangsa) dari Fakulti Syariah dan Undang-undang.

    Program berkenaan juga merupakan salah satu usaha UNISSA bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan menyokong pelajar yang berpotensi untuk membuat kajian mengenai ilmu Islam dan sains.

    Para siswazah bergambar ramai bersama Dr Haji Norarfan sebelum berlepas ke Osaka, Jepun kelmarin. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...