DHAKA, 7 MAC – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera di ibu negara Bangladesh, selepas letupan di dalam bangunan pejabat di daerah komersial yang sibuk hari ini, kata pegawai.
Punca letupan masih tidak jelas tetapi kebakaran dan letupan bangunan yang membawa maut adalah perkara biasa di Bangladesh.
Letupan itu menggegarkan tingkat empat dan lima bangunan tujuh tingkat di Gulistan, hab utama bagi barangan borong di Dhaka.
Beberapa tingkat bangunan dan din-ding tepi musnah dalam letupan itu, yang menyebabkan runtuhan dan serpihan terbang ke jalan yang sesak.
Lebih 100 orang dirawat kerana luka di kepala, patah tulang dan kecederaan lain di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, kata pengarah hospital. Nazmul Islam kepada AFP.
“Sekurang-kurangnya 15 orang maut, termasuk dua wanita,” katanya sambil menambah ratusan doktor dan jururawat telah digerakkan untuk merawat mangsa yang cedera. – AFP