15 terkorban pertempuran di Myanmar

BANGKOK, 12 SEPT – Sekurang-kurangnya 15 hingga 20 penduduk kampung, termasuk remaja, terbunuh dalam pertempuran di Myanmar sejak Julai di antara pihak tentera kerajaan dan pihak penentang, kata seorang penduduk kampung dan laporan daripada media bebas baru-baru ini.

Pertempuran di bandar Gangaw di barat laut wilayah Magway meletus pada Khamis, dua hari selepas seruan bantahan di seluruh negara dikeluarkan oleh Kerajaan Perpaduan Kebangsaan, pertubuhan pembangkang yang cuba menentang pemerintahan tentera.

Pertempuran berlaku apabila lebih 100 orang tentera tiba dengan menaiki empat kenderaan tentera untuk memeriksa kawasan di Myin Thar dan lima lagi kampung berdekatan, seorang penduduk memberitahu The Associated Press melalui panggilan telefon.

Para penentang yang terdiri daripada penduduk kampung melepaskan tembakan amaran namun gagal menghalang pihak tentera daripada memasuki kawasan tersebut dan pertempuran berlaku selepas itu, menurut penduduk, yang enggan mendedahkan identiti atas faktor keselamatan.

Pergerakan pembangkang yang meningkat menentang rampasan kuasa tentera pada Februari daripada kerajaan Aung San Suu Kyi yang pada mulanya dilakukan secara aman, tetapi lama kelamaan pertempuran mula berlaku selepas pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk meleraikan bantahan damai.

Gesaan kerajaan Perpaduan Kebangsaan pada Selasa lalu bagi ‘peperangan mempertahankan rakyat’ menerima respons hangat di media sosial, namun impak sebenar masih sukar dinilai. – AP

Imej dari video oleh Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (NUG) menerusi Facebook menunjukkan Duwa Lashi La, pemangku presiden NUG mengumumkan rancangan menentang rejim tentera baru-baru ini. – AP