150 orang meriahkan Sambutan Hari Keluarga FHJ

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan – Dalam usaha untuk menguatkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, seramai 150 orang daripada tujuh buah keluarga mengadakan Sambutan Hari Keluarga FHJ 2017/1938 di Kampung Lambak Kiri, kelmarin.

Pengerusi sambutan tersebut, Awang Mohd Dahari bin Haji Mohd Yusof menyatakan hari keluarga tersebut merupakan hari berkumpulnya ahli-ahli keluarga sama ada yang jauh dan dekat yang juga bertujuan untuk saling berkongsi cerita, pengalaman suka duka bertukar pandangan dan nasihat.

Sambutan yang bertemakan ‘Santai Petang & Sukan Ria’ itu juga memuatkan pelbagai acara untuk semua ahli keluarga di samping mengadakan acara cabutan bertuah.

Gambar ramai 150 ahli Keluarga FHJ yang menyertai sambutan tersebut.
Gambar ramai 150 ahli Keluarga FHJ yang menyertai sambutan tersebut.
Antara sukan ria yang diadakan bagi memeriahkan lagi acara sambutan.
Antara sukan ria yang diadakan bagi memeriahkan lagi acara sambutan.